Jumaat, 21 Mac 2014

Wan Junaidi dianggap Timbalan Menteri UMNO-BN paling tidak cerdik – Gobind Singh Deo


_DSC6905


KAJANG,: Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo sekali lagi mengecam keras kenyataan kurang cerdik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendakwa orang bukan Melayu menerima rogol bawah umur.

“Kes rogol bawah umur dan kanak-kanak merupakan isu yang diambil berat semua rakyat tanpa mengira warna kulit menolak perbuatan keji itu sepenuhnya.
“Macam mana perkara ini pun Wan Junaidi tidak tahu? Adakah beliau kurang pandai? Saya tak mahu cakap bodoh, nanti kena tangkap.

“Tapi saya kira, beliau ini memang layak digelar Timbalan Menteri paling bodoh dalam negara ini.
Semua orang tahu bahawa UMNO memiliki ramai pimpinan sedemikian,” katanya disambut sorakan 1,000 rakyat ketika menyampaikan berceramah di Taman Damai Mewah, Kajang, semalam.

Ketua Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan itu turut menyelar kelakuan pemimpin MCA yang hanya berani di belakang tapi diam membisu untuk menegaskan dakwaan Wan Junaidi adalah salah sama sekali.

“Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chua kata Wan Junaidi tidak betul, beliau mesti memperbetulkannya.

“Tapi kemudian Ka Chua menyatakan, Wan Junaidi tidak perlu minta maaf dan tarik balik. Saya tertanya-tanya, apa ini? Salah tapi tak perlu memohon maaf?,” soalnya.

Beliau juga membidas Ahli Parlimen BN Labis, Chua Tee Yong yang turut tidak berani mendesak Wan Junaidi membuat permohonan maaf di Parlimen.

“Di Parlimen, saya bertanya kepada anak Soi Lek (Tee Yong), mengapa tidak berani menggesa Timbalan Menteri itu memohon maaf?. Tidak ada jawapan.

“Kamu pergi ke Kajang dan mengatakan kepada penduduk bahawa MCA kini sudah berubah, jangan risau kami akan menjaga kepentingan masyarakat Cina. Tapi mengapa kamu tidak berkeupayaan meminta Menteri UMNO supaya memohon maaf? Tidak ada jawapan.

“Jadi adakah masyarakat mahu memilih MCA, sebuah parti yang hanya membisu dan tidak berani bersuara memperjuangkan kepentingan rakyat?,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau memohon pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang agar memberi sokongan padu kepada calon PR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Dr Wan Azizah adalah contoh pemimpin terbaik di negara ini yang mana merupakan individu terawal terbabit dalam arus perjuangan PR dan membinanya menjadi keluarga besar untuk merealisasikan agenda perubahan. -Roketkini.com

Tiada ulasan: