Oleh : NAZLI IBRAHIM
KAJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah utama penduduk kawasan berkenaan seperti terkandung dalam Manifesto Kajang.
Dr Wan Azizah berkata, perjumpaan itu diadakan sejak beberapa hari lalu membabitkan beberapa pihak termasuk yang bertanggungjawab dalam isu tertentu.
“Memang saya ada buat perjumpaan dan merangka pelan seperti dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Kajang.
“Kita berbincang bagaimana untuk memberbaiki semua yang kita rancang untuk Kajang,” katanya pada sidang media selepas diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hassan Nawawi di Pusat Pengiraan Undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini, malam tadi.
Manifesto Kajang yang dilancarkan sehari selepas penamaan calon meletakkan empat teras utama yang bakal dilaksanakan jika PR menang dalam PRK Kajang.
Empat teras itu adalah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan dan penyelenggaraan perbandaran serta pembangunan anak muda dan usahawan kecil.
Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, Dr Wan Azizah walaupun belum bergelar ADUN ketika itu tetapi sudah berjaya menyelesaikan isu pungutan sampah di beberapa lokasi sekitar Kajang.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan