Selasa, 18 Mac 2014

Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

Oleh : NAZLI IBRAHIM


KAJANG: Menyedari tidak wajar berkempen di dalam kawasan sekolah, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk bertemu ibu bapa pelajar di pondok bas luar pagar sekolah.

Ironiknya, sekolah terbabit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan sebenarnya adalah sekolah yang pernah dirasmikan suami beliau sendiri ketika menganggotai kabinet kerajaan.

20140318_123812Menariknya, kehadiran beliau di pondok bas yang terletak sebelah luar pintu utama sekolah, bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa yang sibuk menghantar dan mengambil anak masing-masing, bahkan turut menarik perhatian sekumpulan tiga hingga lima guru sekolah berkenaan.

Enggan melepaskan peluang bertemu Dr Wan Azizah, kumpulan guru terbabit dilihat secara curi-curi sempat menghampiri ke pagar berhampiran untuk bertemu dan bersalaman dengan Presiden PKR itu.

Kumpulan guru terbabit yang kelihatan teruja juga sempat memberi kata-kata perangsang kepada Dr Wan Azizah yang menjalankan kempen PRK sekitar Sungai Kantan hari ini.

Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Pusat bertindak menghalang Menteri Besar dan pemimpin negeri PR mengadakan program di dalam kawasan sekolah di negeri itu.

Azizah123Larangan tersebut turut meliputi program yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan warga guru.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini turut pernah dihalang untuk menyampaikan wang sumbangan kepada sebuah sekolah di Selangor.

Bagaimanapun larangan itu tidak terpakai kepada Barisan Nasional (BN) apabila pemimpin mereka kerap masuk ke sekolah bagi memenuhi keperluan politik mereka.-NFN-

Tiada ulasan: