Oleh: Lyn Nasir
SHAH ALAM 8 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, Umno BN tetap akan tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 DUN
Kajang, meskipun beliau tidak dapatbertanding susulan keputusan
mahkamah rayuan mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah 2.
Katanya, strategi kerajaan untuk mensabitkan beliau bersalah jelas
dilihat ekoran keputusan tergesa-gesa mahkamah rayuan. Sementara
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menetapkan tempoh yang lama untuk
PRK Kajang selepas kerusi itu dikosongkan.
Manakala peguam beliau, Karpal Singh pula didapati bersalah oleh
mahkamah pada Februari lalu atas kesalahan menghasut di bawah Akta
Hasutan.
“Jelas kita nampak mereka gunakan mahkamah untuk perkara sebegini,
tapi Umno BN tetap akan tewas di kajang.” jelasnya dalam sidang media
selepas perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Shah Alam, hari
ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan tersebut tidak mampu meraih
undi penduduk kajang, sebaliknya mengundang kemarahan rakyat seluruhnya.
“Ini bukan soal saya atau Karpal, tapi saya menyeru kepada rakyat
semua untuk bangkit menuntut keadilan dan tolak penindasan,” tegasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan