Selasa, 4 Mac 2014

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 1 Petang

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 1 petang Selasa.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU bagi kawasan tersebut melebihi 100 dengan Banting mencatat 129, Kuala Selangor (102), Pelabuhan Klang (117), Petaling Jaya (121) dan Shah Alam (117).

Selain itu, kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur juga turut mencatat 115 dan Nilai (110) di Negeri Sembilan.

Sementara itu, 25 kawasan lain merekodkan bacaan sederhana antaranya Seremban, Negeri Sembilan dan Muar, Johor masing-masing mencatat bacaan IPU 89 serta Tanah Merah, Kelantan (58).

Antara 18 kawasan yang merekod bacaan baik ialah Wilayah Persekutuan Labuan (31); Limbang, Sarawak (34); Keningau, Sabah (40) dan Langkawi, Kedah (45).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka. - BERNAMA

Tiada ulasan: