Ahad, 23 Mac 2014

SPR hanya beri tumpuan pada kangkung dan buah kelapa

HARAKAHDAILY 

KAJANG: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas.

Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.

“Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.

“Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangorkini.

“Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian.

Tiada ulasan: