Selasa, 11 Mac 2014

Sokong dan pastikan kemenangan Pakatan di Kajang – Mat Sabu


Mat_sabuNazar Hashim


SEBERANG JAYA : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyeru jentera Pakatan Rakyat menyokong dan memastikan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, bakal calon KEADILAN bagi pilihan raya kecil N25 Kajang

“Sokong dan beri kemenangan kepada beliau untuk menjunamkan sokongan Umno-BN di Kajang nanti,” kata Mohamad Sabu di hadapan lebih lima ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Kata Mohamad, Umno-BN silap membuat percaturan apabila melupakan sejarah pada 1998 dan 2008.
“Mereka alpa bagaimana kebangkitan rakyat menentang kezaliman Mahathir sehingga Pakatan Rakyat menjadi kuat dan bersatu bersama rakyat menentang kerajaan yang jahat.
“Jika (tahun) 1998 rakyat boleh bangkit dengan laungan reformasi, tidak mustahil kebangkitan tersebut berulang sekali lagi bagi menenggelamkan terus bahtera Umno-BN yang sedang terumbang-ambing.

“Jika Umno-BN dibiarkan, rakyat pasti dizalimi. Yang batil menjadi benar, yang benar menjadi salah seperti mana yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mat_SabuDalam pada itu, Mohamad Sabu turut hairan dengan keputusan dibuat Hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang mensabitkan Anwar.

“Hakim terlalu efisien, canggih dan ekspres sehingga boleh membuat keputusan bersalah dalam masa yang singkat.

“Jika Umno-BN tidak takut pada Anwar kerana hendak percepatkan kes yang sepatutnya dibicara dalam April, tiba-tiba dialih sebelum hari penamaan calon PRK Kajang.

“Inilah bentuk keadilan yang diamalkan oleh pemerintahan Umno-BN bagi menolak pemimpin pembangkang yang mereka takuti,” kata Mohamad.

Tiada ulasan: