MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim
berkata kerajaan negeri akan mendedahkan kandungan Memorandum
Persefahaman (MOU) penstrukturan semula air yang ditandatangani minggu
lepas dalam tempoh seminggu.
Khalid berkata langkah itu diambil hasil persetujuan selepas pertemuannya dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkilidi Putrajaya semalam, supaya rakyat dapat menilainya.
"Saya rasa tidak lama lagi ia akan dapat dibuka. Jawapan daripada menteri, perkara ini adalah maklumat umum dan tidak ada pengaruh (untuk menjejaskan) keselamatan negeri atau negara, dan ia boleh dilakukan.
"Menteri rasa ia boleh dilakukan sebab tidak akan memberi kesan kepada keselamatan negeri dan negara," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.
Menurutnya lagi, beliau juga akan membentang Perjanjian Awal yang telah dipersetujui untuk ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat sewaktu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Khalid berkata perjanjian itu mengandungi maklumat lebih menyeluruh dan terperinci mengenai penstrukturan semula industri air Selangor dan akan dibentangkan selepas membentang MOU tersebut.
"Memandangkan Selangor sudah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat, jadi, ia ada proses (untuk membentangnya)," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan