Berita Semasa ingin mulakan ulasan
berita bagi kali ini dengan ungkapan kata-kata seperti, “Kalau kita
tidak tahu, tidak bermakna kita dilihat ketinggalan”. “Kalau tiada
khabar berita, tidak bermakna kita tiada harapan”.
Dan akhir sekali….“Kalau kita tidak mampu berbuat apa-apa, tidak bermakna doa kita tidak diperlukan”. Baik….
Terus terang Berita Semasa mengatakan di
sini, suka atau tidak Malaysia ada kelemahan dalam menguruskan tragedi
MH370 seperti yang Berita Semasa ulaskan (DI SINI).
Tetapi
itu pada mulanya, dan sekarang Berita Semasa perhatikan kerajaan
Malaysia sedikit demi sedikit berjaya menguruskannya dengan baik.
Alhamdulillah. Pujian kepada kerajaan Malaysia.
Berita Semasa percaya pihak berkuasa
sedang cuba yang terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan berusaha
meredakan kegelisahan keluarga mangsa tragedi MH370.
Laporan Berita : Waris Penumpang China Tuduh Kerajaan Malaysia Pembunuh & Penipu?
Berdasarkan laporan berita terbaru ini
bagi Berita Semasa, ini kata-kata orang marah, yang juga berada dalam
kesedihan. Samada dijumpai atau tidak Malaysia Airlines (MAS) tetap akan
melalui proses undang-undang. Apa yang penting sekarang ini, perlu
tenangkan mereka dengan bijak.
Laporan berita Malaysiakini
- Keluarga ini tengah marah
- Tengah berhadapan dengan apa yang dipanggil “bereavement”
- Ini semua melibatkan emosi, ini satu benda yang normal apabila seseorang yang berhadapan dnegan musibah. Samada boleh ada kekuatan terima musibah atau tidak, itu perkara subjektif
Laporan Berita CNN
Tetapi, laporan baru-baru ini dunia terutamanya media antarabangsa dilihat “mengambil kesempatan secukupnya”
dengan memberikan tumpuan & liputan eksklusif mengenai gambaran
yang cukup buruk kepada Malaysia dek kerana insiden kekecohan di bilik
taklimat MH370 baru-baru ini. Sedangkan ingatlah….
- Malaysia juga masih lagi “kehilangan” 50 orang rakyatnya
- Indonesia juga masih lagi “kehilangan” 7 orang rakyatnya, Australia (6), India (5), dan juga negara-negara lain
Walaubagaimanapun, kadang-kadang ramai
jadi keliru dengan berita-berita yang keluar. Kerana tidak dapat
menerima kenyataan jiwa mereka jadi tidak menentu. Lihat ini.. Sedih.
Luahan hati seorang ibu yang menanti anak kesayangannya dengan penuh
harapan
….
Video Kisah Benar Luahan Hati Ahli Keluarga China Penumpang MH370
Video Bahagian 1
Video Bahagian II
Cuma
Berita Semasa berharap kita sebagai rakyat Malaysia jangan menambahkan
lagi kekusutan & masalah yang sedia ada, dengan hentikan terus
tindakan melemparkan kutukan, cacian, makian kepada pihak berkuasa
terutamanya melibatkan isu Mh370 ini. Ini kerana ia bukan masanya.
Masanya sekarang adalah masa untuk kita
semua bersatu. Jika tidak, media asing (seperti CNN, ABC, CBS atau BBC)
akan merasakan laporan berita yang dicampakkan kepada masyarakat dunia
umumnya dan rakyat Malaysia amnya walaupun tidak semestinya ada asasnya
akan terus disokong dan dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak di
Malaysia.
Hentikan sejenak pertelingkalan tradisi
antara Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional. Ini bukan lagi masa untuk
menuding jari. Perbalahan politik bukan bermakna rakyat Malaysia tidak
bersatu. Tetapi, Malaysia memerlukan sokongan dari seluruh Malaysia
tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan juga paling penting
perbezaan idelogi politik dan ia benar-benar menguji KESEPAKATAN
MALAYSIA!
Hikmah Disebalik Tragedi MH370 Bagi Negara Malaysia?
Ramai orang kata, bagaimana sukan boleh menyatukan rakyat Malaysia tetapi Berita Semasa yakin dan percaya musibah juga boleh menyatukan masyarakat kita semua di sini.
Berita Semasa fikir musibah & tragedi MH370 ada persamaanya dengan
kisah & sejarah Nabi Yunus. Yang mana jikalau fikirkan logiknya,
masakan manusia boleh keluar semula daripada perut ikan. Tetapi
disebabkan sikap “menyedari & mengakui kesilapannya serta mahu berubah” dan Nabi Yunus sendiri mengakuinya terdiri daripada “orang yang zalim” dan “mengakui kesalahan yang telah dilakukannya“, akhirnya Nabi Yunus berjaya keluar semula daripada perut ikan Nun.
Begitu juga kisah Nabi Yaakub yang
cintakan anaknya tetapi diuji dengan musibah menanti anaknya yang tidak
pulang-pulang. Datang adik-beradik Nabi Yusuf kepada bapanya dengan
hanya berbekal baju Yusuf. “Ayah, Yusuf sudah meninggal dunia dimakan
serigala”. Lantas, Nabi Yaakub berdoa,
“Ya Allah, aku mengadu hanya kepadaMu sehinggalah aku mengetahui sesuatu hikmah itu lebih daripada orang lain”.
Jadi apa yang Berita Semasa ingin simpulkan di sini yang boleh kita ambil ikhtibar ada 2 :
- Pertama, kita boleh lihat seluruh dunia berdoa, rakyat Malaysia, keluarga mangsa MH370, semua mengucapkan kami menanti, Pray for MH370, sebenarnya kita tidak putus. Penuh dengan pengharapan.
- Kedua, kita bukan sahaja sekadar melakukan solat hajat, mungkin kita semua rakyat Malaysia boleh bermuhasabah termasuk pemimpin politik, pemimpin negara. Mungkin ujian yang diberikanNya memberikan kekuatan kepada Malaysia dikemudian hari ini. Kita tidak tahu. Ini semua perancanganNya.
Berita nampak sekarang banyak hikmah disebalik tragedi MH370 ini :
- Satu kelompok manusia yang kuat untuk meminta pertolongan
- Satu kelompok yang kuat menyatukan manusia-manusia yang lain. Tegur-menegur. Saling berkongsi kesedihan, perasaan dan tumpang simpati atas nama kemanusiaan dan persahabatan
- Kita melihat sendiri dan dunia dipertonton dalam solat hajat, ada jemaah yang mengalirkan airmata seolah-olah kelihatan meminta anaknya pulang ke rumah. Sedangkan jemaah tersebut tidak kenal pun. Indah bukan hikmah ciptaan Tuhan?
- Kita tidak tahu apa yang yang Tuhan gantikan yang lebih baik untuk Malaysia. Boleh jadi, perdamaian di Malaysia, boleh jadi kasih sayang yang makin mekar sesama kita rakyat Malaysia, boleh jadi………….
- Jadi…kita minta keajaiban seperti ini berlaku. Insyaallah.
P/S : Ummu Salamah seorang isteri yang
sangat sayang suaminya, Abu Salamah. Tetapi apabila Abu Salamah nak
meninggal dunia, Abu Salamah sempat berpesan : “Wahai isteriku, tidak
lama lagi aku nak pergi meninggal dunia. Kau akan bertemu seseorang
lelaki yang jauh lebih baik daripada diriku”. Ummu Salamah mengalami
kesedihan yang melampau tetapi………
Tetapi akhirnya Ummu Salamah mengamalkan satu doa ini yang diajar oleh Rasulluhah SAW:
Akhirnya tanpa pengharapan, siapa yang datang meminang Ummu Salamah? Tidak lain dan tidak bukan………
P/S : Imam Ibnul Qayyim pernah
mengatakan : “Sekiranya Tuhan menjadikan sesuatu musibah untuk kita,
Sesunggguhnya Tuhan membuka 2 pintu hikmah”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan