Isnin, 24 Mac 2014

Putrajaya mohon bajet tambahan hampir RM2.4 bilion

OLEH DIYANA IBRAHIM

 
Putrajaya hari ini membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan hampir RM2.4 bilion buat kali pertama dalam tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab.

Kumpulan Wang Terkanun menjadi peruntukan tambahan paling tinggi diminta iaitu lebih daripada RM 2,099.876.700 dan kedua tertinggi adalah Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu sebanyak RM 55,600.00.

Pembentangan bajet tambahan sebanyak RM2.4 bilion berlaku ketika kerajaan pada Februari lalu mengumumkan langkah penjimatan apabila berlakunya kenaikan hutang kerajaan.

Jabatan Perdana Menteri memohon sebanyak RM 53.4 juta dana tambahan diikuti Kementerian Kerja Raya sebanyak RM 50 juta dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebanyak RM46.9 juta.

Pembekalan dana tambahan turut membabitkan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Sains dan Teknologi.

Sebelum ini pada Oktober tahun lepas kerajaan meluluskan bajet tambahan sebanyak RM15.014 bilion.

Dan pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sudah memohon RM162,805,323,000 dana tambahan.

Tiada ulasan: