Jumaat, 14 Mac 2014

PRK Kajang: Telefon bimbit lima pimpinan PKR digodam

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN


SHAH ALAM,: Telefon bimbit lima pimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha merenggangkan hubungan baik parti itu dengan PAS.

Tian Chua melalui twitternya menyatakan ramai mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada beliau kononnya memberi amaran PAS cuba sabotaj Pilihan Raya Kecil (PRK Kajang).

Nurul-Tian-Chua“Ramai terima SMS kononnya amaran dari saya yang dakwa PAS sabotaj PRK Kajang, Nombor telefon bimbit saya kena hack atau klon dan edarkan SMS atas nama saya.

“Waspada: ada SMS kononnya arahan daripada saya yang cuba menanam syak wasangka antara jentera PKR & PAS – ini taktik kotor BN!,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut
mengakui perkara sama berlaku pada telefon bimbit beliau.

azmin-ali-3“Nombor telefon bimbit saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Pengarah Biro Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, melalui twitternya @fahmi_fadzil, berkata akaun milik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga digodam.

“Lepas hp (handphone) @azminali digodam, kini hp @n_izzah pula!” katanya.

Selain itu, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor , Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mengalami nasib sama.

“Saya,  Tian Chua & Shamsul Iskandar Mohd Akin menjadi mangsa klon sim card. SMS palsu dihantar dgn menggunakan nombor telefon kami,” kata Nik Nazmi melalui Facebooknya.

Fahmi pada kenyataan media petang ini mengesahkan kejadian itu dan menegaskan pimpinan PKR tidak pernah mengirim SMS sedemikian.

Beliau menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat.
“Usahlah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah!,” katanya.

Tiada ulasan: