Oleh: Azuan Ab Rahman
SHAH ALAM : Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, cubaan Umno Barisan Nasional untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sama sekali melemahkan Pakatan Rakyat.
Katanya, tindakan mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar jelas bertujuan untuk menyekat ketua umum KEADILAN itu daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menggoyahkan Pakatan Rakyat, sebaliknya akan mengukuhkan lagi perpaduan antara parti dalam gabungan itu.
” Jangan BN ingat penjarakan Anwar dapat lemahkan pakatan, kita tidak akan berkubur, tetapi akan jadi semakin kuat.
” Lihat sahaja hikmah dari peristiwa tahun 98, Kezaliman yang berlaku terhadap Anwar telah berjaya membawa PAS dan DAP duduk semeja bersama PKR,” tegas Anthony dalam konvenysen Pakatan Rakyat kali ke lima yang diadakan di Shah Alam hari ini.
Justeru, beliau menyeru rakyat bangkit menolak kerajaan Barisan Nasional dengan menjadikan PRK Kajang ini sebagai referendum dan hukuman daripada rakyat ke atas mereka.
“Jadikan PRK Kajang sebagai Mahkamah Rakyat untuk kita jatuhkan hukuman kepala Barisan Nasional,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan