THE MALAYSIAN INSIDER
Ketika
pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik
yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman
juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak
menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH)
melaporkan.
Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada
komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima
minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar
semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI
di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil
kemungkinan pesawat itu dirampas.
Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan
utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya
terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat
yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada
laluan penerbangan yang dijadualkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan