MSTAR ONLINE
Beliau berkata, setakat ini tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah tidak berbahaya berikutan kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan seluruh negara yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.
"Orang ramai diminta menjaga kesihatan mereka, jangan terlalu lama terdedah pada cuaca panas ketika melakukan aktiviti luar dan kerap minum air masak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Persatuan India Kinta pada Ahad.
Mengulas jumlah kes denggi yang dilihat kian meningkat, Subramaniam berkata, kesedaran rakyat berhubung kebersihan perlu dipertingkat bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes di kediaman mereka.
Beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya dengan mempertingkat kualiti dalam melakukan kerja-kerja pembersihan.
"Di peringkat negeri, pengarah kesihatan selalu mengadakan mesyuarat melibatkan wakil semua pihak," katanya.
Sebanyak 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempohdua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama pada 2013. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan