Ahad, 2 Mac 2014

MP PAS menangi pujian paderi

MALAYSIAKINI





Anggota Parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa mendapat sanjungan seorang paderi Katholik ekoran kenyataannya bahawa parti itu tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.


Biskop Katholik Paul Tan Chee Ing (kanan) berkata, kenyataan itu menunjukkan standard luar biasa bagi seorang ahli politik Malaysia, lebih-lebih lagi memandangkan beliau sendiri seorang Islam.

Ketua gereja Katholik Melaka dan Johor itu berkata, siri menghentam golongan Kristian menjadi amalan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan oleh itu kenyataan Mujahid menggambarkan “detik bersejarah”.

Tan juga berkata, PAS sendiri menunjukkan perubahan besar daripada sebuah parti yang pemimpinnya pada suatu masa menganggap Kristian sebagai ancaman lebih besar berbanding komunis.

Tiada ulasan: