MALAYSIAKINI
Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan
Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak
berkuasa Malaysia hari ini.
Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu
hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak
12 Mac.
Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata,
data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian
ditumpukan di Laut China Selatan.
“Kami terima data satelit dari China yang menunjukkan (serpihan) di Laut
China Selatan (dan) mengarahkan semula pencarian kami di kawasan yang
sudah dibuat, dan ia negatif,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul
Rahman menambah, data satelit yang diterima pada 13 Mac perlu
dianalisis, ia satu-satunya siri "handshake" – isyarat antara pesawat
dan satelit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan