Selasa, 18 Mac 2014

Manivanan cabar Shahidan kemukakan bukti peruntukan Permata


Permata adalah satu program yang gagal walaupun telah dijalankan sejak tahun 2007
G Manivanan


PETALING JAYA: Ahli parlimen Kapar, G Manivanan  (gambar) mencabar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Shahidan Kassim mengemukakan bukti peruntukan Program Permata.

Katanya, Permata di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menerima RM 40,726,900 mengikut Bajet tetapi menerima RM 150,000,000 seperti yang disahkan oleh Setiausaha Bahagian Permata, Saidatu Akhma Hassan.

”Peruntukkan ini jelas tidak dimasukkan di dalam Peruntukkan Bajet,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (2006-2010), kerajaan telah memperuntukkan RM 20 Juta bagi pembangunan Permata.

Beliau menambah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) (2011-2015)  pula, sejumlah RM 36 Juta diperuntukkan bagi pembinaan 181 buat pusat Permata.

Katanya lagi,seperti yang terpapar dalam Bajet Barisan Nasional bagi tahun masing-masing, peruntukkan yang diberikan kepada Permata adalah berada dalam lingkungan antara RM 20 Juta dan RM 40 Juta seperti berikut:

table nwe


“Saya berasa kecewa kerana soalan ini ditujukan khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana ia berkait langsung dengan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak yang begitu penting untuk masa depan negara. Tetapi, Perdana Menteri kelihatan lebih sibuk untuk menyelesaikan isu kangkung dan ayam lantas menyerahkan soalan ini untuk dijawab oleh Menteri yang jelas tidak mengetahui apa-apa,” katanya.

Katanya, berdasarkan jawapan Menteri bahawa Permata diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana Kementerian Pendidikan hanya memberi fokus kepada pendidikan rendah, beliau telah mencadangkan agar Permata ini diletakkan di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana terdapat KEMAS untuk menjalankan program yang seumpama ini.

“Ini lebih memberi penyelarasan dan tindakan teliti terhadap apa juga pelan pembangunan awal kanak-kanak,” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa Shahidan memalukan Dewan Rakyat apabila gagal memberi indikator kejayaan jangka panjang terhadap program Permata dengan hanya menyatakan bahawa terdapat banyak permintaan dari pusat-pusat asuhan kanak-kanak sebagai bukti kejayaan program.

”Kenyataan ini adalah dangkal kerana kita mengetahui permintaan ini dibuat hanya kerana Permata mempunyai dana peruntukkan yang banyak, bukan kerana keberkesanan program,” katanya lagi,
Beliau menganggap Permata adalah satu program yang gagal walaupun telah dijalankan sejak tahun 2007 dan tidak setara dengan ratusan juta peruntukkan yang diberikan.

“Program ini juga semata-mata hanyalah untuk menaikkan imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan tidak langsung mempunyai hala tuju jelas demi pembangunan awal kanak-kanak di Malaysia.Bukankah ini pembaziran dan penghakisan sumber negara dan wang rakyat?” soal beliau.

Tiada ulasan: