Rabu, 19 Mac 2014

Malaysia Hantar Wakil Tertinggi Ke Beijing Beri Taklimat MH370

RAKYATNEWS


alt
SEPANG  - Malaysia akan menghantar dengan segera wakil tertinggi ke Beijing bagi memberi taklimat dan maklumat terkini mengenai usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kepada keluarga mangsa.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pasukan itu terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS. 
“Pasukan itu akan diketuai oleh Komander Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dibantu Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara DCA dan beberapa juruterbang kanan pesawat Boeing 777,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai Misi Mencari dan Menyelamat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan: