Rabu, 12 Mac 2014

Lim Guan Eng: Dr Wan Azizah pilihan untuk Kajang, Selangor & Malaysia

KEADILAN DAILY

Lim-Guan-Eng


Setelah gagal mengalahkan Pakatan Rakyat melalui peti undi pada PRU ke 13, apabila BN kalah undi popular dengan Pakatan Rakyat yang berjaya meraih 51% sokongan majoriti, kerajaan BN kini memilih jalan penindasan politik untuk mengalahkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan cara yang kotor.

Dalam minggu lalu sahaja, kita telah menyaksikan dua sabitan terhadap kepimpinan utama Pakatan Rakyat, yang telah sentiasa mengalahkan BN di peti undi. Ketua Pembangkang merangkap ketua Pakatan Rakyat telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat, manakala Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang kebetulan merupakan peguambela utama Datuk Seri Anwar, turut disabitkan dengan kesalahan menghasut dan dihukum denda RM4,000 oleh Mahkamah.

Kedua-dua penyabitan tersebut sekaligus menyebabkan Anwar dan Karpal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Pun begitu, meskipun penyingkiran keduanya sebagai Ahli Parlimen akan ditangguh sementara menanti rayuan, kedua-dua Anwar dan karpal hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon dalam pilihanraya, justeru menimbulkan keperluan untuk meletakkan isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kajang.
anwar-ibrahim-karpal-singh-
DAP secara keras mengecam tanpa syarat salahguna kuasa dan pemangsaan politik oleh Jabatan Peguam Negara. Hakikatnya, dalam mana-mana negara yang bebas dan demokratik, kes Anwar dan Karpal tidak langsung akan dibawa ke mahkamah, berikutan kurangnya bukti di pihak pendakwaan. Malah, Anwar dan Karpal kedua-duanya telah dibebaskan dalam kedua-dua kes, sebelum rayuan Jabatan Peguam Negara.

Tambahan pula, aturan masa untuk penyabitan dan penghukuman juga turut menimbulkan syak, memandangkan ia telah diawalkan dan disegerakan demi mengganggu rencana Anwar untuk bertanding dalam PRK Kajang. Ini menguatkan dakwaan intimidasi politik dan telah mengundang kecaman serta hinaan dari dalam dan luar negara.

Contohnya, timbalan pengarah Human Rights Watch di Asia, Phil Robertson, telah berkata bahawa perbicaraan Anwar adalah demi menamatkan kerjaya politik beliau dan kerajaan bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan itu terjadi.

The International Court of JusticeSementara itu, International Commission of Jurists (ICJ) mengutuk pensabitan Anwar sebagai kegagalan dalam melaksanakan keadilan, sambil mengatakan bahawa ia menimbulkan syak-wasangka terhadap kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia serta mencemarkan reputasi sistem undang-undang negara.

ICJ juga mengulas pensabitan Karpal dengan berkata bahawa keputusan tersebut menunjukkan kurangnya hormat kerajaan terhadap kebebasan bersuara dan ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa.

Di dalam negara, kes-kes ini telah mengundang kutukan hebat daripada oraganisasi seperti Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty, yang mengatakan bahawa pensabitan tersebut menguatkan kembalinya pentadbiran otoritarian dan kuku besi serta mendedahkan kelayakan palsu Najib Razak sebagai seorang reformis.

 Ramai yang turut menyebut tentang ketidaksekataan kerajaan dalam menggunakan Akta Hasutan yang sudah lapuk, yang Perdana Menteri Dato’ Sri Najib sendiri telah berjanji untuk mansuhkan.

Kegagalan Perdana Menteri untuk menepati janji memansuhkan Akta Hasutan beserta eksploitasi berterusan undang-undang lapuk demi menewaskan lawan politik sedang membawa kepada era baru penindasan.

Dengan ramai lagi aktivis rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat menanti giliran untuk berdepan dengan mahkamah atas dakwaan hasutan dan lain-lain lagi, wujud kebarangkalian bahawa ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat yang akan disabitkan kesalahan dengan cara yang serupa.

dr-wan-azizahOleh yang demikian, adalah sangat mustahak bagi rakyat Malaysia untuk bangkit dan mempertahankan hak asasi yang dijamin Perlembagaan untuk kedaulatan undang-undang, keadilan buat semua dan kesaksamaan tanpa mengira batas. Ini menjadikan PRK Kajang satu ujian penting untuk memutuskan sama ada keadilan menjadi mangsa kekuasaan ataupun menjaga kepentingan rakyat biasa.

Ia sudah bukan lagi sekadar satu pilihanraya kecil untuk satu kerusi DUN di Selangor, malah satu pertarungan hebat demi kuasa rakyat, kemakmuran, kestabilan dan maruah nurani menentang kezaliman, intimidasi dan penindasan oleh kerajaan BN.

Oleh itu, DAP menyeru semua pengundi Kajang serta seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong Kak Wan sebagai pilihan moral, bukan sahaja demi pengundi Kajang bahkan demi Selangor dan Malaysia.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan

Tiada ulasan: