Sabtu, 8 Mac 2014

‘Lap air mata, teruskan perjuangan’ – Wan Azizah

WIRA0939



SHAH ALAM,: “Lap air mata, teruskan perjuangan,” begitulah kata-kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengulas hukuman lima tahun penjara ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kelima di Setia Alam Convention Centre, Shah Alam pagi tadi.

Beliau juga menggesa semua pimpinan dan perwakilan agar bersatu padu dan menjadikan keputusan itu sebagai penguat semangat untuk meneruskan perjuangan.

“Tuhan akan uji kita setakat mana iltizam (dan ketabahan) kita.

“Itizam dan semangat kitalah yang membawa kita ke sini dan meneruskan perjuangan,” katanya lagi diiringi tepukan hadirin. – Roketkini.com

Tiada ulasan: