Rabu, 5 Mac 2014

Khalid jamin tarif air tak naik

MALAYSIAKINI


 
 
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan kenyataan Pengarah Strategi Rafizi Ramli bahawa penstrukturan semula aset air Selangor melalui perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi.

"Tidak," kata Khalid ringkas tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenainya.

Khalid berkata, Perjanjian Awal menyatakan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Akan ada perincian mengenai perkara itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Ditanya sama ada beliau dapat memastikan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) tidak menaikkan harga air selepas menyerahkan aset air kepada kerajaan negeri, Khalid menjawab:

"Bila dalam perjanjian baru ini, PAAB juga ialah pihak yang terlibat.

"Ia sudah dipersetujui dalam perjanjian (itu). Ini bukan berlaku di Selangor sahaja, ia berlaku di Johor dan Melaka,” katanya.

Tiada ulasan: