Jingga13: Mei Fun harus minta maaf Fariz (kanan) bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang (dua dari kanan) bersama kepimpinan PKR pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Keadilan, Kajang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


KAJANG - NGO Jingga13 hari ini menyelar tindakan calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun menyalahkan kerajaan negeri Selangor sebagai punca insiden kematian enam remaja dalam sambutan Future Music Festival Asia, (FMFA) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

Menurut Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, tindakan tersebut jelas memperlihatkan sifat peribadi Mei Fun yang suka menuding jari tanpa usul periksa apabila mengaitkan kerajaan negeri dalam tragedi tersebut.

"Seluruh rakyat Malaysia mengetahui penganjuran FMFA mendapat sokongan dan dokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia 'Major Events' iaitu di bawah kementerian tersebut.

"Malah Menterinya sendiri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran pada 17 Oktober 2013 lalu," katanya dalam satu sidang media, di Bilik Gerakan Utama PKR, Kajang, hari ini.

Sehubungan itu, Jingga13 mendesak Mei Fun memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri Selangor di atas kenyataannya itu.

"Kami mendesak agar Mei Fun memohon maaf, kerana tindakan tersebut jelas memperlihatkan Mei Fun tidak mengkaji dulu kata-katanya sebelum mengeluarkan kenyataannya," katanya.

Sebelum ini, sebuat portal media berbahasa Inggeris melaporkan, Mei Fun dalam satu kenyataan menyalahkan kerajaan negeri Selangor sebagai punca kepada tragedi tersebut.

Dalam kenyataan itu, Mei Fun mendakwa kerajaan Selangor sendiri tidak membanteras kewujudan pusat urut serta cybercafe di Selangor, sehingga 'membiak' perangai tidak sihat dalam rakyat.

laporan itu dipetikm Mei Fun turut menyalahkan kerajaan negeri dalam tragedi FMFA tersebut.