Selasa, 11 Mac 2014

Hukuman terhadap Anwar bantu Pakatan tawan hati Melayu Kajang, kata Dr Wan Azizah

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail percaya hukuman yang dijatuhkan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menang di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail percaya hukuman yang dijatuhkan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menang di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 




























Hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menawan hati pengundi Melayu, kata calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Dr Wan Azizah dalam temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider di Bilik Gerakan PR, di Kajang hari ini berkata, disebabkan keputusan mahkamah itu, pengundi Melayu yang sebelum ini sukar menerima PR mula menunjukkan respon positif.

"Bila mahkamah menjatuhkan hukuman, reaksinya jelas, mereka (pengundi Melayu) merasakan itu ketidakadilan terhadap Anwar," katanya.

Pengundi di DUN Kajang terdiri daripada kawasan campuran dengan pengundi Melayu membentuk 48% daripada keseluruhan 38,965 pengundi berdaftar.

Pengundi bukan Melayu membentuk sejumlah 51%, dengan pecahan pengundi Cina sebanyak 41%, dan pengundi India 10%.

"Mereka dikejutkan dengan keputusan mahkamah terhadap Anwar. Situasi itu mengejutkan pengundi Melayu," katanya.

Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar berkata, reaksi yang diterimanya daripada pengundi Melayu selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan sangat berbeza.

"Selepas hukuman dijatuhkan, penerimaannya berbeza. Mereka melihat Anwar dari kacamata beliau sebagai mangsa.

"Mula-mula memang ada suatu gambaran mereka tidak terima saya. Tetapi apabila Anwar pergi tazkirah di surau dan masjid, penerimaan begitu baik," katanya.

Dr Wan Azizah menggantikan Anwar sebagai calon PRK DUN Kajang berikutan kelayakan Anwar untuk bertanding di kerusi berkenaan terlucut setelah mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut.

Pemimpin PR ketika Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam mendakwa, tindakan Mahkamah Rayuan dan penetapan tarikh pilihan raya kecil di Kajang adalah konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggagalkan Anwar bertanding di Kajang.

Dr Wan Azizah berkata, beliau rela dilihat menjadi "bayangan Anwar" kerana melalui perkara itu, cabaran ketidakadilan terhadap pemimpin pembangkang itu akan dapat dirasai rakyat.

"Bila mereka lihat saya mereka akan nampak Anwar. Saya memang mahu mereka lihat itu, ketidakadilan yang berlaku," katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan guna pendekatan keibuan menangani konflik antara ahli dalam parti. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan guna pendekatan keibuan menangani konflik antara ahli dalam parti. Dr Wan Azizah juga mengakui, pada awalnya beliau keberatan apabila mesyuarat biro politik memilihnya menggantikan Anwar untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh itu.

"Saya enggan menyertai politik dengan aktif kerana saya rasa apabila Anwar dibebaskan pada 2005 saya sudah buat apa yang saya perlu buat.

"Tetapi apabila ini berlaku, PR berbincang dan keluar nama saya, malah biro politik saya sendiri. Saya berfikir ini sebahagian untuk negara," katanya.

Dr Wan Azizah berkata, keputusannya menerima cadangan PR itu adalah untuk kelangsungan generasi akan datang.

"Apa yang tinggal daripada hidup saya, saya rasa ini sumbangan untuk generasi akan datang," katanya.

Semasa tempoh Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa, Dr Wan Azizah mengetuai gerakan pembangkang dengan menubuhkan Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal bermula pada 1999, 2004 dan 2008 sebelum melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebaik sahaja dibebaskan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider Dr Wan Azizah juga pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah negara pada 2008.

Ditanya keupayaan beliau untuk meredakan ketegangan dalaman PKR antara timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata, beliau mempunyai "watak keibuan" untuk menyelesaikan perkara itu.

"Saya selalu menjadi individu yang mengamalkan pendekatan lembut . Saya mempunyai watak keibuan untuk menjayakan rekonsiliasi dalam PKR.
“Kami semua ibarat sekeluarga,” katanya.

Dr Wan Azizah akan bertanding satu lawan satu dengan calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

SPR menetapkan 23 Mac sebagai tarikh membuang undi untuk PRK DUN Kajang.

Tiada ulasan: