KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menghentikan konsert liar dan program hiburan yang mempromosi pergaulan bebas, kata Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Beliau merujuk insiden kematian 6 remaja akibat pengambilan dadah berlebihan semasa penganjuran konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Bukit Jalil 14 Mac lalu.
“Saya turut berasa kecewa apabila tragedi ini berlaku di saat kesedihan rakyat Malaysia meratapi kehilangan para penumpang dan anak kapal MAS, MH 370 sejak 8 Mac lalu
“Kedukaan saya bertambah apabila mangsa yang mati adalah dari kalangan remaja yang sepatutnya menjadi tonggak pimpinan negara di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Menurut Yunus, ada menteri kabinet yang tidak tersentuh hati dengan kerosakan moral dihadapi remaja masa kini, malah memberikan kelulusan terhadap penganjuran konsert liar tersebut.
“Masih ada lagi pihak menteri yang mempertahankan keuntungan melalui penganjuran konsert liar tersebut hasil dari kemasukan pelancong asing, walaupun remaja Malaysia tenggelam dalam budaya hedonisme hiburan melalaikan serta terjebak dengan pengambilan najis dadah dan arak,” katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan Persekutuan sepatutnya mencontohi usaha dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dalam melahirkan golongan belia yang berakhlak dan mempunyai jati diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan