Ahad, 16 Mac 2014

Guna bomoh cari MH370 perbuatan syirik – anak lelaki Yusuf Qardhawi

Oleh Fazallah Pit


KAJANG : Anak lelaki  ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengecam penggunaan ‘bomoh kepala’ dalam usaha mencari pesawat MH370 yang disifatkannya sebagai syirik.

Tanpa menyebut nama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendedahkan beliau dihubungi anak ulama itu bagi mendapatkan kepastian.

“Saya terima panggilan dari anak lelaki Yusuf Al-Qaradhawi. Dia kata kenapa guna bomoh, itu syirik. Saya jawab, mana saya tahu. Bukan saya terlibat.

“Itu kenalah tanya (Datin Seri) Rosmah (Mansur),” katanya yang berseloroh kemudiannya pada ucapan di program Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi.

“Malu kita. Zam, zam ala kazam. Satu dunia tengok kita. Ini bukan cara kita,” katanya lagi disambut gelak tawa lebih 3,000 pengunjung karnival berkenaan.

Bisra7PCcAEkAUb
Beliau turut mengulangi kecaman berikutan penganjuran solat Hajat PAS Selangor disiasat polis sedangkan ucapara bomoh tidak dikenakan sebarang tindakan.

Anwar juga kesal banyak kenyataan bercanggah menteri dan pihak berkuasa dalam mengesan pesawat berkenaan hingga  merosakkan imej negara di mata dunia.

Beliau turut menyentuh perkembangan terbaru membabitkan ‘bomoh kelapa’ yang dilapor  mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Aku tak mahu campur. Seorang baling kelapa, seorang baling bola,” katanya.

Tiada ulasan: