Rabu, 19 Mac 2014

FMFA: Mei Fun patut sekolah semula belajar Geografi

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, disaran mengulang subjek Geografi di sekolah.

Saranan itu dibuat ekoran tuduhan Chew Mei Fun kononnya Kerajaan Selangor bertanggungjawab mengeluarkan permit konsert kontroversi, Future Music Festival Asia (FMFA) yang mengorbankan enam anak muda selepas mengambil dadah berlebihan.

teng chang kim 1Sebaliknya, Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, lokasi Stadium Bukit Jalil yang menjadi venue festival itu terletak dalam kawasan Kuala Lumpur.

“Dia menyalahkan kerajaan negeri. Saya rasa dia kena sekolah balik, ambil subjek Geografi.

“Bukit Jalil berada dalam Kuala Lumpur bukan Selangor. Jangan kaitkan dengan kerajaan negeri sesuka hati,” kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di sini hari ini.

Tambah Chang Khim lagi, permit konsert terbabit dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.

Konsert Future Music Festival Asia 2014

“Isu penyalahgunaan dadah merupakan bidang yang berada dalam tanggungjawab polis dan penggunaan Stadium Bukit Jalil adalah DBKL,” kata beliau lagi.

Beliau juga berharap agar Mei Fun membuat penyelidikkan sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan kepada mana-mana pihak.

Tiada ulasan: