Ahad, 16 Mac 2014

Ayam RM1: Najib persenda rakyat, jadi pak lawak

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Selepas isu kangkung, Perdana Menteri sekali lagi memperbodohkan rakyat yang sedang terhimpit dengan masalah peningkatan kos hidup dengan isu ayam berharga RM1 seekor.

Pengerusi Biro kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri ketika dihubungi menyelar sikap najib tersebut yang menurutnya sengaja mencari publisiti dengan cara memperbodohkan rakyat.

Najib ayam

“Najib tak perlulah cari publisiti dengan menjadi pak lawak, kita perlukan seorang Perdana Menteri yang serius dan bertindak tegas dalam mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat.

“Tak perlulah main-main dan memberi harapan palsu kepada rakyat, sedangkan semua rakyat tahu ayam yang dijual pada harga pasaran biasa tiada satu pun yang dijual dengan harga RM1,” jelas Yahya.

Tindakan itu jelasnya ialah petunjuk besar kepada kegagalan Najib mencari jalan penyelesaian atau idea bagi menyelesaikan masalah peningkatan kos kehidupan yang menekan hidup rakyat.

Najib pada Isnin lalu menasihatkan orang ramai supaya membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas mendakwa telah berjaya membeli seekor ayam berharga RM1.

Tiada ulasan: