Khamis, 20 Mac 2014

Australia siasat objek di Lautan Hindi

MALAYSIAKINI





Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata pasukannya menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.

Abbott yang berucap di parlimen negara itu berkata, pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor agensi berita.

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan.

Kawasan di selatan Lautan Hidi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 dilencongkan dari laluan asal dengan sengaja.

Tiada ulasan: