Jumaat, 7 Mac 2014

Hindraf persoal JK kabinet kaum India dipulih

MALAYSIAKINI




 Setiausaha Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Ramesh mempersoalkan langkah kerajaan untuk memulihkan jawatankuasa kabinet mengenai halehwal masyarakat India, dan bertanya sama ada ia satu langkah panik untuk mengembalikan sokongan masyarakat India terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, langkah tersebut akan menemui kegagalan kerana jawatankuasa lain yang mensasarkan masyarakat Inia Malaysia India telah gagal, dan rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Katanya, jika perdana menteri cuba untuk mengambil hati masyarakat India bahawa beliau berpegang pada janjinya dengan memulihkan jawatankuasa kabinet yang sudah mati, maka beliau silap dalam penilaiannya mengenai jiwa masyarakat India.

Masyarakat India, katanya, telah serik dengan janji-janji BN yang dikotai dan mainan wayang kulit mereka bersama dengan sekutu politik India mereka.

Mereka telah benar-benar hilang harapan terhadap MIC, kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut portal berita Free Malaysia Today, semalam Najib telah mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu yang tidak aktif sejak tahun 2010.


Tiada ulasan: