Khamis, 20 Mac 2014

Anwar kenal Kapten Zaharie, menyifatkan beliau mahu reformasi demokratik

KL TODAY

 


Juruterbang MAS yang mengendalikan penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah didakwa bukan seorang pengganas.Bercakap kepada wartawan CNN, Christiane Amanpour, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaharie adalah salah seorang individu yang mencintai reformasi demokratik. 

“Beliau menyokong pakatan kami yang berbilang kaum. Beliau menentang sebarang bentuk ekstremis, ” kata Ketua Pembangkang itu yang mengakui pernah bertemu Zaharie “beberapa kali.”

Selain mengaku kecewa dengan beberapa maklumat palsu mengenai kehilangan MH370 yang disebarkan, Anwar berkata, ada sesetengah pihak pula cuba mengaitkan krew MH370 dengan isu politik.

Memetik laporan CNN, Anwar menambah, dirinya turut tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan yang berterusan.
Malah dakwa Anwar, ada pihak cuba mengaitkan Zaharie mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Laporan itu menyebut, Zaharie sebenarnya mempunyai talian persaudaraan di sebelah menantu perempuan Anwar.

Apa yang menantu saya beritahu, Zaharie adalah saudara jauh, tetapi menantu saya tetap panggil beliau ‘pakcik’. “Panggilan tersebut adalah amalan biasa di sini (Malaysia).

“Tapi saya memang mengenali beliau… Hanya sebagai aktivis parti (PKR),” katanya lagi. Media asing sebelum ini melaporkan, Zaharie menghadiri perbicaraan terhadap Anwar, yang dijatuhi hukuman lima tahun penjara selepas mahkamah membatalkan pembebasan 2012 beliau atas tuduhan liwat iaitu hanya beberapa jam sebelum pesawat berlepas pada 8 Mac lalu.

“Beliau tidak berada dalam mahkamah. “Beliau mungkin berada di luar premis mahkamah, kerana kamar mahkamah mempunyai kapasiti yang terhad.

“Tetapi dari maklumat yang saya kumpul dari rakan-rakan yang hadir pada perbicaraan itu, tidak ada siapa yang benar-benar melihat berada di premis mahkamah,” ujarnya lagi.

Ketika menjawab persoalan CNN sama ada Zaharie boleh bertindak balas kerana seperti dilapor media, Anwar menolak dakwaan itu.

“Maklumat yang saya perolehi, rakan-rakannya terganggu dengan laporan yang ditulis mengenai beliau – malah ramai yang lain turut terganggu. Maksud saya, kami terkejut dengan kelajuan proses mahkamah rayuan.

“Tetapi saya rasa itu perkara biasa. Saya tidak fikir ia akan menyebabkan seorang yang pakar dan berkaliber seperti beliau melakukan apa-apa aktiviti yang tidak diingini. Saya yakin tentang tertentu itu,” ujar Anwar.

Tiada ulasan: