Isnin, 3 Mac 2014

Anwar gagal ketepikan peguam Shafee Abdullah dalam kes liwat 2

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk kali ketiga bagi menghalang pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes liwat II.
 
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, hampir pasti bahawa Shafee akan mengetuai pasukan pendakwaan pada Khamis apabila rayuan Putrajaya untuk mengenepikan pembebasan Anwar didengar.
 
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi, menolak permohonan Anwar, berkata, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai tidak layak dan tidak sepatutnya hanya kerana lembaga disiplin mendapati beliau mempunyai salah laku.
 
"Hanya pendakwa raya boleh memutuskan sama ada DPP mengejut layak dan sesuai untuk mendakwa kes," katanya dipetik Malaysia Insider.

Tiada ulasan: