Khamis, 24 Januari 2013

Sistem Dan Pemerintahan Umno-BN Terpesong Daripada Ciri Wasotiyyah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/salam%20mauludirrasul.jpgEditor BULETIN

 Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memanjangkan usia kita dengan rahmat Islam dan taufiq Allah  serta terus dikurniakan nikmat untuk mengenangi perjuangan Rasulullah. 12 rabiul awal merupakan tarikh keramat dan bersejarah dengan kelahiran kekasih  dan utusan Allah yang membawa Islam yang bercirikan wasotiyyah.

Allah juga telah menjadikan ummah ini sebagai ummah wasotiyyah yang dilengkapi dengan segala pengertian wasotiyyah pada aspek aqidah dan pemikiran, manhaj, tasawur dan usul. Firman Allah :

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah143a.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah143b.jpg

Maksudnya : “Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil,” (al - Baqarah 143)
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/wasatiyaha.jpg

Maknanya : “Kefahaman wasotiyyah ialah perlaksanaan terhadap prinsip keseimbangan yang dibina oleh sunnah Allah pada makhluk yang bertepatan dengan sistem tuhan dan kehendak ilahi dan juga kerana hikmat yang dikehendaki oleh Allah, takdir yang telah ditentukan, tetap dan sunnah yang tidak akan berubah.”

Fenomena wasotiyyah dalam Islam boleh dilihat pada segala sistem Islam. Keadilan dalam pemerintahan, politik, ekonomi, undang-undang dan seluruh kehidupan merupakan tanda wasotiyyah Islam. Kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunakuasa merupakan tanda pemesongan sistem dan pemerintahan daripada ciri wasotiyyah. Pembaziran, korupsi, rasuah, khianat dan kronisme merupakan tanda penyimpangan daripada ciri wasotiyyah Islam. Pengabaian tuntutan Islam dan sikap mengenepikan syariat Islam merupakan tanda ketiadaan nilai wasotiyyah.

Segala sikap dan tindakan yang bercanggah dengan ciri dan nilai wasotiyyah dalam Islam akan mengundang perpecahan dalam masyarakat. Allah Taala berfirman :
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah143a.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah213.jpg

Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(al -  Baqarah : 213)

Bagaimana ciri dan nilai wasotiyyah boleh dilaksanakan dan direalisasi dalam kehidupan ummah ?. Ciri dan nilai wasotiyyah mampu direalisasikan dengan beberapa tindakan dan pengajaran, antaranya ;

1-     Berpegang dengan dengan segala pengajaran Al-Quraan dan sunnah Rasulullah serta menolakkan segala tuntutan hawa nafsu yang bercanggah dengan Islam.
2-     Para ulama mesti berperanan memperjelaskan tentang ciri dan nilai wasotiyyah Islam dengan adil dan tepat kepada masyarakat.
3-     Kerajaan mesti bertindak adil dan memerintah berlandaskan tuntutan Islam dalam seluruh sistem dan aspek.
4-     Rakyat mesti bangkit melaksanakan tuntutan Allah sebagaimana firmannya :

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/3_110.png

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik (ali Imraan : 110)

Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat mengukur dan menilai segala tindakan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun tapi Barisan Nasional terus mengekalkan ISA yang ditinggalkan oleh penjajah dan  mengugut atau membeli rakyat dengan duit sehingga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk kepentingan Barisan Nasional dan mengaku wang rakyat adalah wang UMNO. UMNO terus menafikan dan mencerca Hudud Allah, walaupun bersandiwara untuk mempertahankan kalimah Allah. Kerajaan UMNO terus mencipta sejarah keruntuhan dalam projek-projek yang dibina dengan duit rakyat kerana kesan ‘wasotiyyah UMNO’ dalam rasuah, penyalahguna kuasa dan pembaziran. Rakyat mesti bangkit untuk buat perubahan dalam PRU-13. Insyallah, Islam akan menang dan berdaulat insyaAllah.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Adun Bukit Payong
11 Rabiu'awwal 1434

Tiada ulasan: