Selasa, 29 Januari 2013

Risalah, CD 'Fitnah' Diedarkan Pada Majlis Agih Bantuan RM100


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/ah%20lip.jpgWartawan Buletin 

KEMAMAN - Ramai yang hadir pada program agihan bantuan awal sekolah anjuran Pejabat Pelajaran daerah Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai dekat sini pada Ahad 27 Januari, rasa dukacita kerana majlis itu telah dicemari oleh kempen politik Umno dan Barisan Nasional (BN)

Menurut Lip Woon Chan, 49, [gambar kiri] majoriti daripada 1,000 orang ibu bapa yang hadir, merungut sebaik keluar dari dewan tersebut selepas menerima wang RM100 yang diberkan oleh Pegawai Pelajaran daerah itu, Haji Suleiman Mohamed.

Beliau mendakwa pihak pejabat pelajaran 'menutup mata' sengaja membiarkan majlis pendidikan itu dicemari oleh risalah yang bohong yang 'mencaci' pemimpin pembangkang khususnya Dato' Seri Anwar Inrahim dan Lim Guan Eng.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/sd%20fitnah.jpg"program itu program pendidikan, tak patut diedarkan risalah politik.......risalah 'kutuk' Anwar Ibrahim dan juga CD Lim Guan Eng, mula-mula dia edar kepada ibu bapa yang hadir lepas tu dia letak atas meja depan pintu masuk,

"semua orang nampak bila masuk termasuk pegawai (pelajaran daerah) tapi dia 'tutup mata',"ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menegaskan, wang yang diberikan sebagai bantuan kepada para pelajar kepada tiga buah sekolah rendah pada majliss itu adalah duit orang ramai dan bukan duit Umno atau pun BN.

Katanya, pejabat pelajaran tidak boleh samasekali mencampuradukkan antara tugas mendidik dan sekaligus menjadi 'agen'  politik umno-BN.
Berita terkait sebelum ini;

Tiada ulasan: