Ahad, 27 Januari 2013

Pembangunan Untuk Semua Kaum Bukan Untuk Pilihan Raya


Sambutan Thaipusam 08

BATU CAVES  : Pakatan Rakyat (PR) menjalankan pembangunan secara berterusan demi kepentingan rakyat semua kaum dan tidak sekadar menghadapi pilihan raya.

Sambutan Thaipusam 03

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa dikatakan sudah dikotakan gabungan itu sejak mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008.

“Pakatan Rakyat tunai janji sejak 2008. Kita buktikan kita bukan buat program kerana mahu pilihan raya.

“Dari 2008 kita sudah janji mahu buat pembangunan untuk semua kaum dan kaum India sendiri kita telah berikan peruntukan untuk sekolah, kuil, tempat beribadat dan program kebajikan.

“Ini bukan saja hari ini tapi ini adalah satu kerja yang berterusan”, katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Thaipusam di sini malam tadi.

Sambutan Thaipusam 06

Majlis tersebut dihadiri lebih 5,000 orang termasuk barisan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri kepada rumah ibadat bukan Islam (Hindu) Selangor sebanyak RM375,000 dan sekolah Tamil Selangor (RM927,500).

Beliau berkata, rakyat boleh membuat perbandingan antara PR dan Umno-BN dalam tempoh lima tahun iaitu selepas 2008 dan sebelumnya iaitu kerajaan mana yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

“Pembangunan bukan satu hari, satu bulan dan masa pilihan raya. Pembangunan masyarakat ialah pembangunan yang berterusan bertahun-tahun.

“PR percaya apa yang dilakukan ialah asas pembangunan masyarakat. Gunakan peluang ini untuk kita berdoa supaya masyarakat Malaysia semua kaum dapat dibangunkan dengan baik, tiada rasuah, tiada salah guna kuasa dan memberi kebajikan kepada rakyat,” katanya.

Sambutan Thaipusam 07 Sambutan Thaipusam 04 Sambutan Thaipusam 05

Tiada ulasan: