Selasa, 29 Januari 2013

Legenda badminton Eddy Choong meninggal dunia

Legenda badminton Eddy Choong meninggal duniaMALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara yang pernah menjuarai perseorangan All-England sebanyak empat kali, Datuk Eddy Choong, meninggal dunia akibat sakit tua di Pulau Pinang hari ini.

Choong, 83, menghembuskan nafas terakhirnya di pusat pakar LoyGuanLye, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.00 petang selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta berkenaan sejak seminggu lepas.

Kematian Choong disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh yang dimaklumkan mengenainya oleh ahli keluarga mendiang.

"Saya terkejut mendengar berita ini dan ia satu kehilangan besar buat BAM dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England edisi 1953, 1954, 1956 dan 1957 mendiang juga adalah ahli pasukan Piala Thomas Malaya pada 1955 yang berjaya mempertahankan gelaran berpasukan dunia itu.

Pada 1958 pasukan itu tumpas kepada Indonesia.- Bernama

Tiada ulasan: