Rabu, 16 Januari 2013

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13?

Staff Berita Semasa 
 
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13?

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin pernah dijulang, diangkat dan dipuja ikon ekonomi muda yang dimiliki Malaysia ketika ini. Pandangannya mengenai perjalanan ekonomi negara Malaysia sentiasa diambil kira dan dipaparkan di media arus perdana. Itu dahulu. Sekarang? Status terkini Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, sedang dikenakan tindakan gantung tugas sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia.

Sebelum ini negara pernah kehilangan seorang permata yang menguruskan “emas hitam” yang bernilai beratus bilion milik negara. (KLIK SINI).

Jadi adakah kita mahu senario seperti ini dibiarkan berterusan, hanya disebabkan “tidak sebulu”? Semuanya bermula gara-garanya tindakan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin….

Semasa berlangsungnya seminar di Singapura, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin memberikan kenyataan menjangkakan atau dalam kata lain meramalkan yang mana Pakatan Rakyat bakal menang tipis pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang seperti yang dilaporkan oleh akhbar utama di Singapura, The  Straits Times pada 11 Januari 2013 yang lalu.

Azrul Azwar Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13?

Dan semalam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menerima perkhabaran yang tidak baik menimpa dirinya. Azrul Azwar Ahmad Tajuddin dikenakan tindakan gantung tugas. Sampai bila? Tidak dapat kami pastikan..

Kesilapan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin adalah memberikan kenyataan “yang tidak sedap didengar oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan di atas sana”. Azrul Azwar Ahmad Tajuddin bercakap bercakap berdasarkan analisa dan kajian maklumat yang diperolehinya dan mendapati :
  1. Barisan Nasional hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang
  2. Berbanding 140 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu
  3. Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mengatakan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Negara Malaysia dikenali sebagai negara demokrasi. Tetapi apabila kejadian yang menimpa Azrul Azwar Ahmad Tajuddin membuat kami tertanya-tanya. Adakah jika saudara Azrul Azwar Ahmad Tajuddin meramalkan Barisan Nasional akan kekal memerintah sepanjang masa, adakah jawatan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam akan terjejas? Adakah ayat di bawah ini sahaja yang dibenarkan dikeluarkan :
  • BN menang selesa
  • BN akan rampas Selangor
  • BN akan menang besar
Azrul Anwar Barisan Nasional Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13? 

Ya….disebabkan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai seorang yang merangkap tugas sebagai ketua ekonomi sesebuah bank, jadi beliau seharusnya membuat analisa yang mempengaruhi ekonomi, dan politik mempunyai kaitan rapat dengan ekonomi. Sebagai ketua ekonomi, keadaan cuaca pun beliau perlu ambil tahu.

Nampaknya, Talent Corp perlu bekerja keras selepas ini untuk menangani masalah brain drain. Dan rasanya Azrul Azwar Ahmad Tajuddin perlu lebih banyak belajar dengan seorang pensyarah UUM yang memberikan komen memuji mengenai isu air dan memuji Barisan Nasional dan tidak lupa juga analisa analisa JP Morgan. Semua media arus perdana berebut mengeluarkan kenyatannya.

Malaysia seharusnya beruntung kerana terus dikurniakan barisan intelektual daripada kalangan orang muda yang berani melontarkan pendapat. Malangnya apabila pendapat tu bertentangan dengan kehendak pemerintah dah dicop sebagai menentang kerajaan dan bakal dicantas.

Sepatutnya, kajilah kenapa Azrul Azwar Ahmad Tajuddin membuat analisis sebegitu rupa, barulah boleh dibuat penambahbaikan dan pembaharuan…mungkin ada benarnya….kebenaran tu pahit untuk ditelan. Apa kata dan pendapat anda pula?

Tiada ulasan: