Ahad, 3 Jun 2012

Rakyat Malaysia semakin rasis selepas PRU 2008, kata Chang Yeow


KUALA LUMPUR— Rakyat Malaysia telah menjadi semakin rasis sejak pilihan raya 2008, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow menolak dakwaan rakyat semakin bersedia menerima politik bukan berasaskan perkauman.

Setiausaha Agung Gerakan menjelaskan sebagai parti multi etnik, parti itu mendapati lebih sukar untuk membincangkan perkara berkenaan bukan perkauman sejak beberapa tahun lalu.

Beliau menambah, selepas pilihan raya, lebih banyak pertubuhan berasaskan kaum seperti Perkasa ditubuhkan, dan menambahkan situasi ketegangan kaum di negara ini.

"Saya tidak fikir rakyat Malaysia sudah menolak politik berasaskan kaum. Selepas 308 (PRU2008), kami mendapati amat sukar untu berbincang soal isu bukan perkauman.

"Cuba lihat isu yang di bawa sekarang - lebih bersifat perkauman berbanding sebelum ini.

"Ada kumpulan seperti Perkasa .... ini bukannya politik yang sihat untuk Malaysia, untuk pembinaan negara bangsa," katanya ketika temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Teng (gambar) menjelaskan, ia menjadi lebih sukar untuk menyebarkan fahaman kepelbagaian bangsa dengan Gerakan, walaupun parti itu bukanlah bersifatkan perkauman.

Beliau menjelaskan ahlinya sentiasa merungut apabila terdapatnya cadangan untuk melantik bukan Cina di peringkat tertinggi, melihatkan dakwaan parti itu bersifat multirasial adalah sekadar retorik.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 peratus daripada 400,000 ahlinya adalah bukan Melayu, jauh daripada matlamat Gerakan menjadi parti "rakyat Malaysia."

"Gerakan perlu menjadi lebih daripada apa yang ada sekarang. Semuanya hanya retorik. Ia tidak membawa kita ke mana pun.

"Ahli dan pemimpin Gerakan perlu menerima kenyataan bahawa kita perlu merekrut lebih ramai ahli bukan Cina untuk mengukuhkan ideologi parti," tambahnya.

"Bermula sekarang, apabila kita mahu meletakkan calon dalam kalangan bukan berbangsa Cina, akan ada pemimpin mempersoalkan kenapa kita perlu beri itu dan ini kepada sesuatu kaum - ia tidak sihat.

 Mereka tidak boleh lari daripada kenyataan kita bukan parti Cina atau Melayu ... kita parti rakyat Malaysia. Ramai yang gagal melihat perkara itu," katanya.

Teng menambah Gerakan juga tidak seharusnya menggunakan alasan mereka perlukan lebih masa untuk menerima multirasial, menegaskan sudah lebih 40 tahun parti itu melakukannya.

"Ia bukan lagi masa yang sesuai untuk membincangkannya, ia harus dilaksanakan," katanya.

Laporan berkenaan kaum dan agama di negara ini meningkat dengan mendadak selepas PRU 2008 - sejarah dalam negara ini.

Dengan Barisan Nasional (BN) tewas dua per tiga majoriti, kebanyakan pemimpin politik mula melibatkan diri dengan isu perkauman bagi memperolehi sokongan.

Ini meninmbulkan ketegangan kaum, menjadi pendorong kepada peningkatan kes ketegangan kaum yang menjadi tajuk utama media sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk insiden pada 2010 yang mana melibatkan rumah ibadah, apabila kepala lembu di letakkan di rumah ibadat masyarakat India di Shah Alam, isu kontroversi serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), yang mendakwa masyarakat Kristian cuba untuk memurtadkan umat Islam dan isu penggunaan Bible berbahasa Melayu.

Dalam insiden terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menerima kritikan daripada ulama apabila menghadiri majlis sambutan Thaipusam di Batu Cave.

Kaji selidik Merdeka Center mendapati pada Jun tahun lalu, 66 peratus responden mengatakan hubungan kaum di Malaysia adalah "baik" - penurunan 15 peratus daripada 78 peratus lima tahun lalu.

Penganalisis juga mendapati hanya satu pertiga percaya terdapatnya "keikhlasan dan kemesraan dalam kesatuan bangsa" menurun daripada 54 peratus daripada lima tahun lalu.

Tiada ulasan: