KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peralihan kuasa akan berjalan secara aman apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dengan majoriti mudah dalam pilihan raya akan datang.Menurutnya, ini adalah kerana pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak akan mahu membahayakan masa depan mereka untuk terus berdegil memegang kuasa jika mereka kalah.
“…Saya fikir mereka tahu rakyat tidak akan membiarkannya kerana mereka tahu akan ada risiko besar,” kata Ketua Umum KEADILAN itu kepada Malaysiakini menjawab sama ada rusuhan akan tercetus jika BN kalah dalam pilihan raya.
Beliau menegaskan demikian di Majlis Makan Malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Pembangkang mungkin mencetuskan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim juga menyalak isu yang sama dua hari lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan