Isnin, 25 Jun 2012

Pemimpin BN mahu PRU, letih karenah ahli perniagaan dan persatuan

 
 
KUALA LUMPUR — Letih dan penat dengan ugutan berterusan daripada kumpulan tertentu, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini berhadapan ancaman daripada pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan, kesatuan, dan pemimpin atasan, mereka tidak lagi mahu menunggu pilihan raya umum ditunda lebih lama.

Sumber berkata kepada The Malaysian Insider, konsensus antara menteri dan pemimpin BN mahukan pilihan raya lebih awal berbanding diadakan pada penghujung tahun.

Alasannya: pengundi mengetahui bahawa pilihan raya kali ini amat sukar untuk Umno/BN, jadi menteri berada di bawah tekanan untuk memberikan kontrak, lesen, kebenaran, permit AP, dan banyak lagi.

Jika menteri dilihat enggan melaksanakan permintaan pemimpin berpengaruh dan kumpulan tertentu, sumber menjelaskan mereka mungkin akan kehilangan sokongan dan tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) yang berhasrat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang selepas kejayaan mereka pada 2008.

"Lagi cepat lagi bagus. Pemimpin BN menjangkakan Jun atau Julai, namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan Bajet, dan akan memberikan lebih tekanan kepada mereka," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembentangan Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) tidak memberikan sebarang tanda bila pilihan raya akan dilakukan, namun berkata berkemungkinan pada musim Haji pada 26 Oktober.

Menteri-menteri daripada BN merasakan jika pilihan raya akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kerajaan masih akan tetap menang, namun bukan dua per tiga majoriti dewan, sebaliknya lebih baik daripada ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi pada 2008.

"Menunggu sehingga hujung tahun mempunyai risiko yang besar dan melembabkan ekonomi, sekaligus mencetuskan kebimbangan berlakunya lebih banyak perbalahan merebut kerusi dan kuasa di samping "ancaman dan tuntutan" daripada broker kuasa dan kesatuan," kata sumber lain.

Beliau menjelaskan, tiada mana-mana pihak dalam BN, sama ada menteri, atau pakar strategi, percaya pilihan raya akan berlalu, walaupun Najib berkata mereka mampu menawan dua per tiga majoriti dan memenangi kesemua negeri termasuk Kuala Lumpur.

BN tewas empat kerusi – Kedah, Pulai Pinang, Perak dan Selangor – serta gagal menawan Kelantan in 2008. Mereka berjaya menawan kembali Perak pada Februari 2009 selepas beberapa pemimpin PR keluar parti, dan memberikan majoriti kepada BN.

The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin BN mengakui agak sukar menawan kerusi di bandar terutamanya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Penggunaan kekerasan yang keterlaluan dalam perhimpunan Bersih turut mengurangkan sokongan kepada BN.

Turut terdapatnya kebimbangan terhadap kedudukan Menteri Besar di Johor, Kedah dan Perlis. Umno berharap agar mereka akan berjaya menawan semula Kedah dengan timbalan menteri Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pilihan utama untuk calon menteri besar walaupun beliau tidak memegang jawatan di peringkat negeri, dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah berada di posisi tersebut sejak 1995.

"Banyak yang berebut kerusi menteri besar dan ia amat memeningkan Najib," kata sumber, dan menambah, senarai calom menteri besar telah pun diserahkan.

Pilihan raya harus dilakukan sebelum April depan, ataupun Parlimen akan dibubarkan secara automatik, dan pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.

Mereka yang rapat dengan Najib berkata perdana menteri itu amat berhati-hati agar mereka beroleh kemenangan dan tidak berkongsi kekalahan seperti Abdullah pada 2008.

Ramai yang menyalahkan Abdullah atas kekalahan mengejut tersebut terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Najib sedang berusaha untuk memastikan sokongan kembali semula kepada kerajaannya, yang memerintah sejak Merdeka dengan nama Perikatan.

“Najib berkata pilihan raya adalah umpama perang dan perlu bersedia untuk berperang. Pilihan raya tidak dipanggil menunjukkan mereka masih lagi belum bersedia," kata pakar strategi BN kepada The Malaysian Insider.

Beliau menjelaskan dengan populariti Najib kekal pada 65 peratus, dalam kaji selidik Merdeka Centre, kerajaan tidak sepopular beliau apabila hanya memperolehi 46 peratus penerimaan berdasarkan kaji selidik selepas Bersih pada 28 April. Hasil kaji selidik itu bagaimanapun tidak menunjukkan hasil penerimaan terhadap Umno, namun, difahamkan ia berada di tahap lebih rendah.

Seorang pemimpin BN menjelaskan, semasa Dr Mahathir menjadi tidak popular selepas memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998, Umno dan BN tetap diterima dan menerima undi dan membentuk kerajaan dengan kuasa dua per tiga majoriti, walaupun tewas Terengganu.

Beliau menjelaskan, pada masa Abdullah menerima 71 peratus penerimaan pengundi dan mengadakan pilihan raya pada 2008, beliau tetap tewas kuasa majoriti dan empat negeri.

Sekitar 12 juta layak mengundi pada pilihan raya kali ini, peningkatan berbanding sembilan juta pada 2008. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekitar 40 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi muda.

Tiada ulasan: