Dalam kes pendakwaan terhadap peguam negara sebagai individu, dia tidak dapat didakwa oleh orang yang berkhidmat di bawahnya kerana ia sukar dilakukan, kata Nazri.
Nazri menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat yang bertanya bagaimana aduan terhadap peguam negara dikendalikan.
Gobind merujuk kepada dakwaan bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dalam wawancara dengan Malaysiakini bahawa peguam negara sekarang terlibat menyembunyikan kes rasuah melibatkan ketua menteri daripada didakwa di mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan