
Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi gambaran kasar ke
atas usaha yang akan dijalankan Pakatan Rakyat sekiranya menang dalam
pilihan raya umum akan datang, termasuk menambah RM24 bilion untuk
kebajikan rakyat.
Katanya, tindakan itu antara lainnya memerlukan
kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang
dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.
Beliau antara lain menggariskan sasaran:
- Mengurangkan pembaziran – RM28 bilion
- Mengurangkan bajet Jabatan Perdana Menteri – RM4 bilion
- Menyalurkan pendapatan permit AP kepada perbendaharaan – RM1.9 bilion
- Penjimatan subsidi untuk penjana tenaga bebas (IPP) – RM3.1 bilion
Katanya,
jumlah itu bukan ditambah-tambah, tetapi boleh dilaksanakan tanpa
menjejaskan kualiti pendidikan dan kesihatan umum, katanya dalam satu
program dialog bersama 1,000 orang golongan usahawan dan profesional di
Petaling Jaya hari ini.
-MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan