Ahad, 10 Jun 2012

54 ahli Umno sertai PAS

 SABAH DAILY


PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Tiada ulasan: