Khamis, 7 Jun 2012

Jumlah pengundi Sabah cecah 1 juta

 

K TODAY

Pengundi berdaftar di Sabah kini berjumlah 926,638 orang, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar hari ini.Bagaimanapun, seramai 258,943 rakyat Sabah berumur 21 tahun ke atas belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.“SPR menganggap jumlah ini besar, walaupun tidak sebesar di negeri-negeri lain. 

Tetapi kita mintalah rakyat yang layak mengundi supaya mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan SPR dengan wakil parti-parti politik di Sabah mengenai Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini.

Wan Ahmad juga berkata semakan daftar pemilih di Sabah kini boleh dilakukan selama sebulan sejak 1 Jun lepas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip nombor kad pengenalan dan menghantar ke 15888 atau dengan menghubungi talian SPR Negeri iaitu 088-488588.

Mengenai perjumpaan itu yang disertai komponen parti Barisan Nasional dan pembangkang, beliau berkata 31 pasukan ditubuhkan bagi mewakili setiap kawasan Parlimen di negeri ini termasuk Labuan.

Menurutnya setiap kawasan Parlimen diwakili satu pasukan, manakala Kota Kinabalu dan Sandakan masing-masing mempunyai dua pasukan setelah mengambil kira keluasan kawasan dan jumlah pengundi.
Katanya pasukan itu berperanan memantau aktiviti parti atau calon ketika tempoh rasmi berkempen.

“Pasukan ini boleh menurunkan atau menanggalkan poster atau alat-alat kempen yang mempamerkan unsur-unsur fitnah, yang boleh memalukan calon, perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti hal peribadi seseorang, agama dan kaum serta mencetuskan kemarahan masyarakat,” katanya.

Wan Ahmad berkata setiap pasukan diwakili seorang pegawai SPR, anggota polis berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, pihak berkuasa tempatan dan wakil parti atau calon bertanding.

9 ulasan:

mantera berkata...

jmlah pengundi makin ramai, mana2 yang belum mendaftar, daftarlah segera sebagai pengundi.

mike berkata...

kalau 258,943 rakyat sabah yang belum mendaftar ini segera mendaftar, jumlah pengundi sabah melebihi sjuta orang...

mike berkata...

diharap juga, senarai nama pengundi yang meragukan akan dikeluarkan dari senarai daftar nama pengundi..

Tanpa Nama berkata...

Ramai juga yang belum mendaftar. mungkin yang tidak layak lagi yang ada mendaftar ni. sebelum PRU, cepat2lah mendaftar. tunaikan tanggungjawab terhadap negara.

POP berkata...

Ramai orang masih belum mendaftar, harap mereka akan membuat pendaftaran untuk perundian ini.

POP berkata...

inilah masa untuk kita semua membuat pengundian bersama.

Hamdan Hadillah berkata...

Ramai juga pengundi diSabah ini. Semoga mereka tahu siapa yang benar-benar untuk dijadikan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Tolak pengundi hantu, tinggal berapa lagi ya?

Mumbai berkata...

cuba laksanakan pendaftaran automatik.. kadang2 yang tidak mengundi ini bukan sebab mereka atas pagar atau tidak berminat dengan politik, sebaliknya mereka malas turun mendaftar sebagai pengundi..