Jumaat, 1 Jun 2012

Ahli majlis MPPP: Tiada larangan terhadap NST, Utusan

Susan Loone


 
Seorang ahli majlis perbandaran menafikan laporan Bernama yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling melarang dua akhbar berkaitan dengan Umno membuat meliputi program majlis tersebut.

NONEAhli majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata tidak pernah ada pekeliling
seumpama itu dan bertanya sama ada agensi berita berkenaan telah "mencipta satu dasar baru" untuk kerajaan negeri.

Ong (kanan) berkata, beliau tidak menjemput wartawan dari New Straits Times dan Utusan Malaysia kerana beliau telah "disalah petik" oleh akhbar berkenaan dalam program-program sebelum ini.

"Salah petik itu menjadi isu dan saya tidak mahu berada dalam keadaan tersebut sekali lagi. Adalah lebih baik sidang akhbar saya tidak dilaporkan dalam akhbar mereka jika mereka mahu mengelirukan orang ramai," katanya kepada Malaysiakini.

Ong, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, berkata sebelum sidang media bermula, beliau telah memohon maaf, dengan berkata ia tidak akan dimulakan dengan kehadiran dua wartawan berkenaan.

Beliau berkata, ini membawa kepada wartawan berkenaan bertanya sama ada mereka harus meninggalkan tempat.

"Selepas mereka beredar, saya telah ditanya sama ada ia berdasarkan kepada satu dasar rasmi, di mana saya menjawab ia hanyalah keputusan peribadi saya untuk berbuat demikian," katanya.

Tiada ulasan: