Sememangnya, ada berlaku di mana gaji guru dikatakan lebih tinggi daripada gaji pensyarah. Tetapi ada pro dan kontranya
di sini di mana peluang kenaikan gaji bagi pensyarah lebih tinggi dan
lebih terbuka luas berbanding gaji guru-guru di Malaysia.
Jika ada kalangan pensyarah menyambung pengajian mereka ke peringkat tertinggi iaitu peringkat PHD,
peluang untuk menikmati kenaikan gaji baru antara RM5,000-RM6,000++
terbuka luas untuk mereka yang berkelayakan bagi permulaan gaji
pensyarah kanan di sesetengah institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Ada kes di mana pensyarah tersebut
terpaksa menunggu sehingga disahkan jawatan terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, masalah seperti ini bukanlah masalah besar (masih
lagi terpencil) jika anda terus menyambung pengajian daripada peringkat
Sarjana Muda, Sarjana sehinggalah ke peringkat Doktor Falsafah, pada
ketika itu anda hanya berumur antara 29 hingga 3o tahun sahaja. Ada
kalangan yang lain pada umur 28 tahun sudah ada PHD bahkan 27 tahun pun
sudah ada yang berjaya mencapainya.
- Kemudian pensyarah-pensyarah ini boleh mula mengumpul mata-mata tertentu dan dalam masa 5 ke 6 tahun sahaja jika aktif menjalankan penyelidikan secara kadaran normal juga boleh mendapat Professor Madya dengan jumlah gaji menghampiri RM10,000 (yang mana umur mereka ketika itu sekitar 35 ke 36 tahun).
- Dan jika mereka bekerja keras lagi, mereka maka boleh mendapat Professor sebelum umur 45 tahun dengan gaji permulaan RM12,000 (belum ditambah elaun lagi). Itu belum ditambah duit-duit consultancy yang akan mereka nikmati dan dalam pada yang sama mereka sering mendapat jemputan untuk memberi ucapan dan sebagainya
Pada kami, memang diakui di antara
kebanyakan agensi kerajaan terutamanya institusi pendidikan, gaji
pensyarah universiti adalah yang paling tinggi tetapi bukan pensyarah di semua tempat begitu nasibnya.
Kalau anda ada PHD pada umur 30 tahun, anda sudah boleh dipertimbangkan
untuk dapat gred 51. Sedangkan kalau di kebanyakan institusi pendidikan
lain seperti di sekolah contohnya, politeknik dan lain-lain lagi, nak
sampai ke peringkat gred 52 contohnya biasa-biasa sudah peringkat
“senja” atau dalam bahasa mudahnya dah nak pencen baru berjaya
mencapainya. Tak kiralah anda ketika itu ada Phd ataupun Master. Itu pun
kalau sempat dapat.
Jikalau dibandingkan dengan gaji
pensyarah politeknik, kolej komuniti, matrikulasi or maktab, memang
struktur gaji pensyarah universiti sebenarnya lebih tinggi. Gaji
pensyarah-pensyarah lain lebih kurang sama dengan gaji cikgu sekolah.
- “Nama sahaja pensyarah, tetapi gaji lebih kurang cikgu”
- “Pensyarah tidak menerima imbuhan seperti yang dinikmati para guru”
- “Ada yang kata lebih baik jadi guru biasa sebab skim tidak setara. Kalau betul dan ada asasnya, kita harap kementerian (Pengajian Tinggi) boleh bawa dan kerajaan akan beri pertimbangan,”
Begitulah antara rungutan dan aduan yang
dikemukan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Dan
kerajaan sekarang…..
- Sedia menimbang untuk memberi imbuhan kepada pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi di seluruh negara
- Membuat semakan semula situasi dan masalah yang dihadapi oleh para pensyarah dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
- Semakan kes gaji dan gred jawatan pensyarah telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Pada kami langkah menteri tepat pada
masanya dapat direalisasikan dengan secepat mungkin. Gaji pensyarah
tinggi sepatutnya setimpal dengan kelulusannya biarpun pada usia muda
apatah lagi bekerja di sebuah tempat institusi pengajian tinggi.
Diharap Kementerian Pengajian Tinggi lebih memandang serius perkara ini. Dalam kita asyik mengejar kedudukan universiti di ranking dunia, sepatutnya kebajikan pensyarah yang menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah IPTA dan pelajarnya perlulah dititikberatkan
Takkanlah gaji pensyarah DM45 yang ada
master boleh sama dengan gaji guru DM41 yang hanya memiliki degree
sahaja. Di mana logiknya? Apa kata anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan