Selasa, 1 Mei 2012

Banglo RM3 juta menyemarakkan dakwaan skandal seks pelakon dan menteri

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sememangnya seorang wanita yang berani.

Apabila ianya kes rasuah, dia tidak akan mengalah dan telah berkata apa yang patut dalam skandal seks antara Zahida Rafik-Shafie Apdal walaupun dia diancam dengan tindakan undang-undang.

Zuraida telah membantu membongkar skandal itu pada tahun lepas, dimana dia telah mendapat surat daripada peguam Zahida yang meminta dia menarik balik tuduhannya ke atas pelakon wanita dan menteri Umno yang mereka sedang mengadakan hubungan sulit.

“Saya tidak menjangka akan mendapat surat daripada Zahida, saya ingat Shafie lah yang sepatutnya menyaman saya. Mengapa pelakon wanita ini menggunakan khidmat peguam Umno?” Zuraida memberitahu sidang media pada hari Rabu.

Ahli Parlimen Ampang telah merujuk kepada peguam Umno Shafee Abdullah yang juga telah berada dalam berita akhir-akhir ini .Pada awal bulan, Shafee telah menulis surat kepada Ketua Hakim Negara bahawa beliau telah dihantar keluar Negara mengenai 'misi rahsia' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Hal ini memperhebatkan spekulasi bahawa misi ini berkaitan dengan dakwaan yang Najib telah mengambil rasuah dari DCN, pembuat senjata Perancis dalam perbicaraan kes rasuah Scorpene, yang baru sahaja bermula di Paris.

Banglo besar di kawasan mewah


Walaupun Zahida, melalui peguamnya, menuntut agar Zuraida menarik balik dakwaannya dalam tempoh 7 hari, skandal lain pula telah meletus.

Telah dimuatkan dalam berita, gambar sebuah banglo baru yang besar dan dikatakan bernilai sekurang-kurangnya RM3 million dimana telah didiami oleh pelakon itu kira-kira setahun yang lalu. (skrol kebawah untuk gambar yang lebih besar)

Menurut Harakah, rumah yang terletak di alamat kawasan mewah yang baru, 'The Valley' di Bukit Indah, Ampang, dipercayai milikpelakon itu.
Bekas pemandunya baru-baru ini mendakwa pelakon itu telah menerima bayaran dalam bentuk wang tunai dari menteri yang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan.

Sumber memberitahu Harakah bahawa pelakon itu telah membelanjakan RM 1 juta untuk mengubahsuai rumahnya. Rumah itu yang dilengkapkan dengan kamera litar tertutup, rumah pengawal telah dibeli diatas nama seorang ahli keluarga tambah sumber itu.

Bagi Shafie pula, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, dia telah menafikan dakwaan tersebut dan mengugut untuk menyaman penuduhnya.

"Ia tidak benar dan hanya cerita yang dibuat oleh orang-orang tertentu.Saya tidak mempunyai masalah dalam menjalankan tugas saya kerana saya tahu bahawa saya di landasan yang betul," kata Shafie, Ahli Parlimen Semporna, kepada The Star.

Bukan pertama kali


Tetapi skandal itu bukanlah sesuatu yang baru. telah ada desas-desus, memaksa Shafie dan Zahida untuk mengeluarkan penafian sebelum ini. Walau bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu, Zahida sendiri telah membuat laporan polis bahawa pemandunya Noor Azman Azemi telah melarikan diri dengan wang tunainya sebanyak RM200, 000.

Ini memaksa Noor Azman, 38, memfailkan laporan polis dan sekaligus memecahkan tembelang mereka. Menurut Noor Azman, dia pernah didatangi oleh dua orang pegawai polis dengan mesej dari Shafie supaya mengawasi pergerakan Zahida.

Dia mendakwa telah diberikan tugas memandu Zahida ke mana-mana hotel di ibu negara untuk bertemu dengan naib presiden UMNO itu, dan pada setiap pertemuan Shafie akan menyerahkan kepadanya wang tunai bernilai antara RM100, 000 dan RM200, 000, yang akan didepositkan ke akaun bank Zahida.

Takut akan tindak balas, salah seorang saudaranya menyerahkan satu salinan laporan polis itu kepada Zuraida, Ahli Parlimen Ampang. Dia kemudian mengadakan sidang akhbar dengan peguam dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, menuntut penjelasan daripada Shafie dalam tempoh 7 hari.

"Saya akan memanggil satu sidang akhbar dengan membawa bukti dan saksi jika terdapat keperluan.Tapi sekarang, kita hanya tumpukan perhatian pada Bersih 3.0 pada hari Sabtu, "kata Zuraida, sambil menambah bahawa dia mempunyai bukti kukuh.

Bagaimana Zahida boleh jadi begitu kaya sedangkan P Ramlee…


Sudah pasti, memandangkan jumlah wang yang besar disebut dalam laporan polis, terdapat alasan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menyiasat bukan sahaja Shafie Apdal tetapi juga Zahida.

Pemimpin Islam yang berusia 58 tahun dari Sabah ini tidak mungkin boleh mampu hidup dalam keadaan begitu mewah hanya dengan gajinya sebagai menteri, jika dakwaan adalah benar. Dia juga telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

Bagi Zahida pula, dia boleh dianggap sebagai pelakon popular. Walaupun artis popular, hidup mencari rezeki dalam industri perfileman Malaysia yang serba kekurangan tidak akan menjadikan dia mampu untuk memperolehi mahupun berboros dengan wang sejumlah dimana telah dicuri oleh pemandunya.


'Lagenda' Malaysia P Ramlee juga telah meninggal dunia dalam keadaan yang papa. Hanya pada minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL telah menutup rumah Allahyarham P. Ramlee sederhana dan lusuh di Taman Setapak, Kuala Lumpur selepas keluarganya gagal membayar cukai tunggakan sewa berjumlah kira-kira RM10, 000. Perkara itu telah dianggap selesai selepas ahli-ahli Parlimen memutuskan untuk memungut derma di kalangan ahli Parlimen bagi tujuan membayar DBKL.

Malah, ketidakadilan sosial di Malaysia semakin buruk apabila jurang antara yang kaya dan miskin semakin luas, dengan golongan elit pemerintah menggunakan kuasa politik mereka untuk melepaskan diri dari hampir semua perkara, termasuk pembunuhan sekalipun.
Malaysia Chronicle

9 ulasan:

Green Sabah berkata...

Neither of these allegation have been proven yet, surely Zahida would not try to sue Zuraida if the allegations are true.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah berkata...

I think we should just wait for these allegation to be proven by the MACC and authorities. The truth will be revealed.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

mantera berkata...

Zahida dan shafie dah nafikan hal ini, lagipun tindakan saman dah dikenakan pada penyebar cerita ini.

Smookiekins berkata...

Sekiranya ada bukti mungkin Zuraida boleh membawa bahan tu ke balai polis. Tapi kalau tiada bukti kukuh rasanya lebih hentikan saja.

Tanpa Nama berkata...

Skandal ini akan senyap selepas beberapa hari.

Tanpa Nama berkata...

Zuraida sebelum ini pun buat2 cerita juga kan tentang program 6P. Jadi kredibiliti beliau untuk bercakap benar diragui.

Hosie Masie berkata...

Kita tunggu siasatan mengenai perkara ini.

Sotong Kurita berkata...

kedua2 insan ini mempunyai pengaruh dan populariti.. sorang dalam bidang hiburan, dan sorang lagi dalam bidang politik.. jika mereka kerap bertemu, kenapa tidak ada gambar mereka berdua tersebar?? biasanya gosip dalam dunia hiburan dan politik, jarang sekali tidak diambil perhatian oleh masyarakat sekeliling atau wartawan..

Sotong Kurita berkata...

Zuraida memang berani.. berani mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin2 kerajaan.. tapi ada keberanian beliau itu turut disokong oleh bukti2 kukuh?? dan bagaimana pula penyelewengan oleh pemimpin2 kerajaan Pakatan?? takkan tidak ada??