Khamis, 1 Disember 2011

WP persoal sayap Umno tidak dapat peruntukan

“Orang komplen kepada saya. Saya beritahu Setiauasa Agung DatukSeri Tengku Adnan Mansor.



KUALA LUMPUR: Umno Wilayah Persekutuan menegur ibu pejabat parti kerana tidak memberi peruntukan kepada sayap parti.

Setiausaha Umno negeri, Datuk Syed Ali Alhabsee berkata, ini menyebabkan Wanita, Pemuda dan Puteri gagal menjalankan aktiviti di peringkat bahagian dan cawangan.

“Orang komplen kepada saya. Saya beritahu Setiauasa Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

“Saya minta parti memandang serius perkara ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di PWTC hari ini.

Revolusi Arab

Beliau menambah laporan yang dihantar bahagian kepada parti dapat dikaji supaya dapat memilih pemimpin demi kebaikan parti.

Sementara itu wakil Kedah Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mencetuskan revolusi Arab di negara ini.

Katanya selepas gagal misi 16 September, Anwar dengan sokongan media luar memburuk-burukkan Malaysia.

Tiada ulasan: