Ahad, 4 Disember 2011

‘Umno tidak berhak desak Nik Aziz berundur’

Mohamad Sabu berkata Umno tiada hak mendesak kerana Nik tidak melakukan rasuah



PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.

“Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.

Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.

Faktor kesihatan

Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.

Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.
“Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah,” tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat.

Tiada ulasan: