Berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.
KUALA LUMPUR: Tujuh ramuan penting digariskan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kemenangan pilihan raya umum akan datang.
Timbalan perdana menteri tujuh ramuan itu bersatu demi kemenangan parti; bersetia kepada parti dan pemimpin; berkhidmat dengan sepenuh hati kepada parti dan rakyat; berjihad demi parti; berusaha menjadi ahli pasukan parti yang bagus; redha dan bertawakal.
Menurut Muhyiddin, berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.
Beliau menekankan aspek bersatu demi kemenangan parti dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon.
Muhyiddin berkata bukan semua adalah layak untuk menjadi calon.
Malah ujarnya, penyatuan jiwa Umno perlu diperluaskan menjadi satu keluarga besar kerana ramai terutama dalam perkhidmatan awam menyokong perjuangan parti.
“Jelmakan kesatuan kita dengan menerima sesiapa saja yang dipilih menjadi calon oleh parti, jangan cah keting, peteh sesama sendiri, jangan tikam belakang, jangan tutup bilik gerakan, jangan boikot, jangan timbulkan masalah baru kepada parti, jangan buat apa saja yang boleh menyebabkan calon kita kalah.
Semangat berkobar-kobar
“Perluaskan makna orang Umno. Di luar sana ramai yang berjiwa Umno menyokong perjuangan kita dan mahu lihat Umno menang dalam pilihan raya walaupun mereka bukan ahli.
“Mereka ini ramai dalam perkhidmatan awam, guru-guru, tentera, polis, pensyarah, pekerja swasta, badan-badan bukan kerajaan, dan lain-lain. Rangkumkan mereka dalam keluarga besar Umno,” katanya dalam ucapan penggulungan di Persidangan Umno 2011 hari ini.
Muhyiddin berkata tiada guna sekiranya semangat berkobar-kobar jika tidak diterjemahkan dalam bentuk usaha yang tersusun, teratur dan berstrategi.
“Orang Umno mesti berkorban masa, tenaga dan fikiran untuk memastikan kemenangan Umno. Jihad untuk memenangkan parti, jihad untuk memastikan `survival’ bangsa dan agama adalah pengorbanan kita yang paling besar,” tambahnya.
Kata timbalan presiden Umno, calon adalah senjata yang paling baik dan ampuh bedepan dengan musuh politik.
Beliau berkata, calon adalah taklif kepimpinan yang berat tetapi bukan keistimewaan.
“Sesiapa yang dipilih menjadi calon mesti pikul beban kepimpinan yang berat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan