S Pathmawathy
PKR hari ini menuntut negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak menjalankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri.Justeru, naib presidennya Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan Selangor dan Kedah tidak melaksanakan undang-undang yang dipertikaikan itu, sekali gus menunjukkan lebih komitmen terhadap kebebasan akademik dengan mengotakan janji.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah membangkitkan kritikan terhadap cara kerajaan Kedah menangani isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Manakala Selangor pula, tambahnya, masih tidak mengikuti tuntutan yang dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadikan universiti di negeri itu institusi bebas, sekurang-kurangnya daripada sudut semangat, walaupun tidak secara undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan